Tuesday, 28 February 2012

KESILAPAN PERIBAHASA YANG DIWARISI

Peribahasa merupakan salah satu cabang ataupun komponen penting yang terkandung didalam bahasa melayu dimana ia mempamerkan bahasa kiasan bangsa melayu yang mempunyai susun kata yang pendek tetapi mempunyai makna yang luas,sedap didengar dan bijak perkataannya.Hal ini diakui sendiri oleh Za’ba iaitu seorang sasterawan dan pemikir melayu.
Menyebut tentang peribahasa,baru-baru ini,kita digemparkan dengan dakwaan seorang tokoh yang mempunyai pengaruhnya yang tersendiri iaitu saudara Awang Haji Abdul Rashid Bin Awang Haji Damit atau lebih dikenali sebagai Rashid Rahman Hassan yang kita mewarisi peribahasa yang salah.Peribahasa yang beliau maksudkan adalah peribahasa “Harapkan Pagar,Pagar makan padi“.Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh beliau dilaman Facebook pada 28hb Disember yang lalu.Kenyataan beliau yang dikeluarkan secara umum itu sebenarnya membuka mata banyak pihak untuk menyelidik akan kebenaran dakwaan beliau itu kerana selama ini masyarakat di Malaysia hanya mengikut sahaja ungkapan sedia ada walaupun ada timbul keraguan tentang keupayaan pagar untuk memakan padi.Lagipun,mana ada petani yang memagar padi.Jadi agak mustahil untuk mentafsirkan yang ungkapan “pagar makan padi itu” bermaksud pagar yang dibina terhempap terkena padi.
Kepada mereka di luar sana yang masih lagi tidak mengenali saudara Rashid,buat pengetahuan anda semua,beliau merupakan seorang pemuda yang berasal dari Brunei Darussalam.Beliau adalah salah seorang peserta yang menyertai pertandingan pidato di Putrajaya International Coventention Centre di awal tahun 2011 dan dipertandingan tersebut,beliau menduduki tempat kedua .Berbalik kepada peribahasa itu tadi,disini sya ingin menunjukkan sedikit sedutan daripada status beliau dilaman facebook.
harapkan pagar pagar makan pagi,harapkan pegar pegar makan padi
Menurut beliau,kesilapan pentafsiran peribahasa ini dikatakan berlaku ketika bahasa melayu yang dieja didalam tulisan jawi hendak ditukarkan kepada tulisan rumi.Siapa yang melakukan kesilapan ini dan bila ia berlaku masih lagi tidak dapat dipastikan kerana kita hanya mewarisi segala macam kazanah bahasa dari generasi terdahulu.Jadi,alang-alang sya membuat penerangan mengenai peribahasa ini,rasanya elok sya membuat sedikit pembetulan yang sama terhadap beberapa hal yang lain juga.Jadi berikut merupakan penerangan yang sya ingin berikan kepada kesalahan tersebut.
Peribahasa Salah : Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi
Peribahasa Betul : Harapkan Pegar,Pegar Makan Padi

Maksud : Kita mengamanahkan atau memberi kepercayaan kepada seseorang,sebaliknya orang itu mengkhianati kepercayaan atau amanah yang kita berikan.
Seperti yang dinyatakan oleh saudara Rashid,peribahasa ini mempunyai kesilapan didalam penggunaan perkataan “Pagar” kerana bunyi yang sebenarnya ialah “Harapkan Pegar,Pegar Makan Padi” yang merujuk kepada burung pegar ataupun ayam pegar yang ditugaskan oleh para petani suatu ketika dahulu untuk menjaga sawah padi mereka daripada haiwan perosak.Walau bagaimanapun, ayam pegar ini tidak menjalankan tugas dengan baik kerana ia bukan sahaja memakan haiwan yang merosakkan padi itu, sebaliknya ia turut menjadikan padi sebagai sumber makanannya. Disebabkan oleh kejadian itu,maka terhasilnya peribahasa ini.
burung pegar,Lophura ignita,harapkan pegar,pegar makan padi
Bernama saintifik Lophura ignita,ayam pegar ini boleh didapati di hutan bertanah rendah di Semenanjung Tanah Melayu,Thailand,Borneo dan juga Sumatera.Ayam ini dikelaskan didalam kategori burung dan ia menjadikan padi,buah-buahan dan haiwan kecil sebagai sumber makanannya.Spesis ini bertelur (mempunyai telur berwarna krim) dan mengikut daripada rekod yang dikeluarkan oleh “senarai Data Merah IUCN”,spesis ayam ini merupakan spesis hidupan yang semakin terancam.Hanya bertelur 5 biji sahaja ketika musim mengawan sekitar Ogos dan September sahaja.sya pun rasanya tidak pernah melihat ayam ini secara nyata.
Mengulas mengenai peribahasa ini pula,suatu ketika dahulu,dikatakan ayam pegar ini banyak terdapat dipinggir sawah.Mereka disana memakan haiwan perosak dan siput gondang disekitar sawah sehingga mereka diberi kepercayaan oleh para pesawah untuk menjaga sawah mereka.Bagaimanapun,para pesawah tidak mengetahui yang burung ini juga memakan padi.Sebab itulah apabila hal ini diketahui,hilanglah kepercayaan pesawah terhadap burung ini.Maka terkeluarnya peribahasa “harapkan pegar,pegar makan padi”.
Peribahasa Salah: Bagai Melepaskan Batuk Di tangga
Peribahasa Betul: Bagai melepaskan Batok Di tangga

Maksud: Membuat sesuatu kerja yang tidak bersungguh-sungguh dan akhirnya kerja itu tidak dapat diselesaikan atau diselesaikan secara sambil lewa.
Peribahasa ini memainkan isu yang lebih kontroversi berbanding peribahasa yang pertama tadi kerana ia membawa pentafsiran yang berbeza.Jadi disini sya akan menerangkan kepada anda semua mengenai dua tafsiran yang berbeza ini.
Tafsiran Pertama:
Melalui kontroversi yang hangat sebelum ini,dikhabarkan yang peribahasa ini juga tidak terkecuali daripada tersilap daripada penterjemahan daripada jawi ke rumi.Mengikut daripada sumber,perkataan “batuk” didalam peribahasa ini bukanlah merujuk kepada batuk yang sebenar.Sebaliknya ia merujuk kepada perkataan “batok”,iaitu sejenis alat berbentuk seperti penceduk yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk membasuh kaki sebelum masuk kerumah.Bagaimana rupanya batok ini?Berikut disisipkan gambar batok.
batok,batuk,bagai melepaskan batok ditangga
Batok ini diperbuat daripada tempurung kelapa.Namanya sendiri pun bermaksud tempurung kelapa didalam bahasa jawa.Sudah menjadi amalam masyarakat melayu suatu ketika dahulu untuk membasuh kaki sebelum masuk kedalam rumah.Batok ini pula digunakan untuk menceduk air didalam tempayan dan kemudian batok ini perlulah diletakkan semula ditempat asalnya selepas digunakan.Apapun mereka-mereka ini pula tidak meletakkan ditempat asalnya sebaliknya sekadar meletakkan ditangga dan kemudiannya terus masuk kedalam rumah.Dari situ terhasilnya peribahasa “bagai melepaskan batok ditangga” yang merujuk kepada pekerjaan yang tidak bersungguh sungguh.Asal letak sahaja.Bak kata orang,jadi wajadah,asal jadi sudah.
Tafsiran Kedua:
Dari kata mereka,tidak salah menggunakan perkataan “batuk” didalam peribahasa ini kerana ia masih lagi menunjukkan maksud asal peribahasa ini dimana ia menunjukkan perkerjaan yang dilakukan tidak bersungguh-sungguh.Andai kata kita pergi mengunjungi rumah seseorang tetapi kita tidak memberi salam atau memanggil nama tuan rumah tersebut,sebaliknya kita hanya batuk ditangga rumah hanya sekadar untuk menyedar tuan rumah yang ada tetamu didepan rumah mereka.Maksudnya tidak memanggil tuan rumah dengan bersungguh-sungguhKiranya batuk itu hanyalah batuk yang dibuat-buat sekadar untuk menarik perhatian tuan rumah.Mungkin kerana malu atau segan.Dari peristiwa dan amalan itulah yang menyebabkan peribahasa “bagai melepaskan batuk ditangga” terhasil.
sya tidak pasti tafsiran mana yang benar kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan dari segi logik akalnya.Apapun,sya lebih yakin pada tafsiran pertama.
keranjang bambu,mata keranjang,bakul
Peribahasa Salah : Mata Keranjang
Peribahasa Betul : Mata Ke Ranjang

Maksud:Lelaki yang suka melihat perempuan
Mengulas mengenai peribahasa “mata keranjang“,apa maksud keranjang? Maksud keranjang adalah bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan,buluh dan sebagainya.Jadi apa pula maksud “mata bakul“? Tak ada maksudkan? Sebenarnya ini juga merupakan salah satu kesalahan ataupun kesilapan yang berlaku ketika pentafsiran daripada tulisan jawi ke tulisan rumi dimana maksud yang sebenar peribahasa ini bukanlah “Mata Keranjang”,sebaliknya “Mata Ke Ranjang” yang merujuk kepada lelaki yang melihat perempuan sehingga diasosiasikan sehingga ke atas ranjang.Rujukan ini PKE dapatkan sendiri daripada buku “Bahasa menunjukkan bangsa” hasil karya Alif Danya Musyi,seorang penulis daripada Indonesia.
teratai padma,padma,merah padam,perah padma,perbahasa salah
Peribahasa Salah : Merah Padam
Peribahasa Betul : Merah Padma

Maksud: Mengambarkan air muka seseorang yang merah ketika marah.
Peribahasa ini sebenarnya bukannya ditulis sebagai “Merah Padam”,sebaliknya ia ditulis sebagai “Merah Padma” yang merujuk kepada “Padma”,sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).
Lagipun,jika kita mengaitkan perkataan “padam” dengan “merah”,sememangnya ia tidak  memberi satu kata yang bermakna pun kepada kita.Jadi apa pula maksud yang sebenarnya?saling tak tumpah,salin tak tumpah
Peribahasa Salah : Saling Tak Tumpah
Peribahasa Betul : Salin Tak Tumpah

Maksud: Dua orang yang serupa benar.
Untuk peribahasa ini,sya sekadar ingin mengatakan yang ia tidak mempunyai kena mengena dengan kesilapan mentafsir daripada jawi ke rumi,sebaliknya sya sekadar mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada kita semua.Kerapkali kita dihidangkan dengan peribahasa ini jika kita ada melihat seseorang yang serupa dengan seseorang yang lain.Tapi betulkah penggunaan perkataan “saling”  didalam peribahasa ini?Buat pengetahuan anda semua,perkataan yang sebetulnya untuk digunakan didalam peribahasa ini adalah “Salin”,bukannya “Saling”.Jadi peribahasa ini akan berbunyi “Salin Tak Tumpah”.
Kebenaran tentang penggunaan perkataan “Salin”  telah dibuktikan melalui rujukan yang sya lakukan didalam kamus peribahasa yang berada dipasaran.Jadi penyelitan peribahasa ini sekadar  teguran kepada anda dan juga kepada diri sya sendiri yang penggunaan perkataan “saling tak tumpah” adalah salah.Harap maklum.
Itu antara 5 kesilapan peribahasa yang kita warisi daripada generasi terdahulu dan kita gunakan tanpa sedikitpun perasaan curiga tentang kesalahan yang terkandung didalamnya.Diantara 5 peribahasa berikut, 4 daripadanya adalah kesilapan ketika proses penterjemahan daripada tulisan jawi ke rumi .Manakala 1 lagi peribahasa adalah kesilapan yang kita lakukan dengan mengubah sendiri peribahasa tersebut dan terus menggunakannya didalam kehidupan seharian tanpa sedikitpun perasaan serba salah.
Mulai hari ini,kita boleh memperbetulkan apa yang patut diperbetulkan dan menggunakan peribahasa ini didalam pembelajaran dan kehidupan seharian kita. =)



ISRAEL ?


Sudah semestinya anda mengenali negara Israel, satu buah negara  yahudi yang didirikan secara haram dan penubuhannya mendapat tentangan pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan penubuhan negara terbabit.Akan tetapi dengan sokongan rakan sekutunya Amerika, Israel kini berdiri megah dipentas dunia dan mampu menjadi sebuah negara yang maju tanpa perlu pengiktirafan antarabangsa termasuklah negara Islam.Mereka kini bukan lagi sebuah negara yang boleh diinjak-injak, sebaliknya negara Israel kini mencapai satu tahap yang membolehkan mereka diiktiraf sebagai negara maju. Kemajuan yang dikecapi mereka ini bukan sahaja dari segi pembangunan infastruktur dan juga teknologi,sebaliknya mereka juga mencapai kemajuan dari segi perluasan wilayah jajahan mereka yang semakin hari semakin luas. Mereka begitu ghairah meluaskan kawasan jajahan negara mereka dengan cara membina penempatan haram di sempadan Israel sehingga mereka berani bertindak kejam terhadap penduduk Palestin walaupun tindakan mereka ini dikritik oleh negara lain.
Alasannya hanya 1. Mereka ingin menuntut tanah Palestin sebagai hak mereka kerana mereka percaya Sekitar bukit Zion dan Palestin adalah tanah suci bagi bangsa yahudi.Selain itu,mereka juga percaya yang mereka adalah bangsa terpilih dan dipandang mulia berbanding bangsa lain didunia ini dan mereka berhak untuk mendapatkan sebuah negara yang diktiraf. Itulah dakwaan yang mereka buat mengenai hak mereka. Jadi kita tinggalkan kata-kata mereka dengan tanggapan mereka itu didalam laci. Mari kita membaca fakta menarik pula mengenai negara Israel .
Didalam artikel yang menghimpunkan fakta yang dimulakan dengan ayat ” Tahukah anda” ini,anda akan disajikan dengan 32 fakta menarik mengenai negara Israel.Mari kita membaca fakta ini bersama-sama ye..Artikel ini sya dapati daripada dinding rakan sya dilaman sesawang Facebook .
(produk orang yahudi juga ni).
Asalkan ia ilmu yang bermanfaat ,rasanya tidak salah untuk kita kongsi bersama bukan..hehe
Fakta Mengenai Israel
1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?
4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai ‘tidak bersalah’ dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk warga Yahudi”, “Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi”?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……
23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?
Itulah serba sedikit fakta ringkas mengenai negara Israel. Diharapkan perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada anda semua untuk lebih mengenali dengan lebih lanjut tentang negara Israel, negara yang begitu terkenal dengan kekejamannya terhadap saudara Islam kita.
Nota: Orang kata bahaya sebenarnya bermain keyword perkataan “Israel”. Tidak pasti sama ada itu sekadar kata-kata usikan ataupun memang benar apa yang mereka kataka


Sunday, 26 February 2012

ONLINE DENGAN TUHAN

*berhubung dngan tuhan melalui talian tanpa wayar..

internet itu makhluk,allah itu khalik,internet hanyalah makhluk,sesuatu yang dicipta dan allah adalah khalik yang bermaksud pencipta.hehe tu sbhagian dripda isi kandungan buku yang baru aq bli tdi, bleh tahan la jgak. kita yang tngah2 online,b'chat,b'skype,b'ym ne tdk jgak akan lupa yang kita jgak bleh mndekatkn diri dgn sang pencipta,sbb bagi sya sndri dunia sdah moden so remaja tau bdak2 zman skrang prlukan pndedahan moden tuk trima sesuatu,kn zaman sdh brubh..haha,mgkin aq bcrita tau mluahkn isi hati ni bleh dkatakan tuk mewakili diri aku sndiri jgak la..hihihi

smart kn..kikki msti beli .. best~  :D
assalamualaikum..hi all..hehe saya create blog ni sbb ska2, juz want 2 share pngalaman,ma story dan bnyak lg.. haha.. blh bh kn,, bleh bh klo ko ~ (sabahan)